aRc49's Scribbling

Cuti H1N1 Aku

by aRc49 on Aug.16, 2009, under aRcLife

Tanggal 31 Julai tempoh hari, UTP secara rasminya telah ditutup selama 1 minggu sebagai langkah berjaga-jaga dalam menangani wabak H1N1. Setakat tarikh tersebut, tiada pelajar UTP yang disahkan positif menghidap wabak tersebut. Para pelajar telah diarahkan untuk pulang ke rumah masing-masing bermula dari pukul 3 petang sehingga 12 tengah hari 1 Ogos. Sesiapa yang tidak pulang sebelum waktu tersebut dikehendaki tinggal di dalam UTP dan tidak dibenarkan langsung keluar dari UTP sepanjang 1 minggu tersebut.

So, aku pon balik dari smayang Jumaat tuh, berkemas-kemas la. Mula-mula ingat nak balik esok pagi. Skali tengok, housemate aku semua balik petang tuh! Aku pon nekad la balik jugak malam tuh. Tapi balikku kalini, bukan dgn Nas saja. Rumetku, Mior, jadik pelancong untuk trip kali ni! :D

Malam tuh, gerak dari UTP tepat jam 8.30 malam. Singgah rumah Mior dulu, nak antar kereta die. Nak sampai rumah yang dekat Bercham tuh da dekat sejam setengah~. So, lepas makan² sket, bertolak la kitorang dari rumah Mior tuh dalam lebih kurang pukul 11 malam. Mior nih actually tak pernah lagi ke Sungai Petani, jadi tu la sebabnya aku ngan Nas nak bawak die gi jalan²!

Day 1: Kenduri Trip

Hari Sabtu, aku, Nas, Mior ngan Syafri gi kenduri kat rumah Afnan di Guar Chempedak. Yang kahwin bukan die, kakak die yang kahwin. Jumpa dengan Syaf kat plaza tol dan terus pergi je. Makan kenduri memang best. Nak jadi best plak, baru nak suap je dah hujan time tuh. Huhuhu….naseb baik duk bawah khemah, takdela lenjun sangat. Tapi nak jadi lagi best plak kenduri tuh, adalah kehadiran seorang tetamu nih yang sangat menarik perhatian (perempuan la, bukan lelaki ok). Apa lagi, masing² duk usha je la. Bila tanya kat Afnan sapa dia tuh, Afnan habaq tuh cousin dia. Melompat la kitorang. Nas awal nak bangun la kononnya g cakap ngan minah tu…..huh, action je lebih. Afnan pon kate die nak masuk line gak, tak dapat² lagi. Hahaha…macam² la~

Dari kenduri kakak Afnan kat Guaq tuh, kitorang proceed lak ke Alor Setar. Tak berjalan kemana-mana sangat, pusing-pusing kat mall ja sbb time tuh hujan lebat. On the way balik ke SP, singgah sat kat umah pakcik Mior. Mior kate da lame tak jumpe pakcik die tuh. Skali die sembang, sampai macam taknak balik da woooo. Pak cik die nih dulu bekas anggota polis. Syok gak sembang ngan orang lama nih, banyak info dapat tahu. Sikit punya lama sembang, lepas Maghrib baru kitorang gerak dari rumah pak cik Mior tuh. Itu pun, lepas kitorang tarik-tarik si Mior tuh, kalo tak, gaye die tuh macam nak stay situ jer. ~_~”

That’s the end for day 1. Sampai rumah da dekat tengah malam. Terus tidur sebab besok ada lagi benda best nak buat!!

Day 2: Titi Hayun

Highlight untuk hari kedua adalah pergi ke air terjun di Titi Hayun. Kitorang (aku, Nas ngan Mior) pergi agak lewat aritu tapi still enjoy habis!! Bertolak dari rumah aku dalam pukul 3 macam tuh, sampai sana da dekat² pukul 4 dah. Sebelum gerak tuh, sempat lagi beli KFC buat bekal. Sampai² sana, bukannye terjun dalam air dulu, terus makan….lapar wooo. Malas nak cakap banyak, tengok je la gambo kat bawah ni.

Aku ngan Nas, baru sampai kat situ

Aku ngan Nas, baru sampai kat situ

Nas ngan Mior

Nas ngan Mior

Mior si pelancong

Mior si pelancong

Nas da lemas XD

Nas da lemas XD

Aku ngan Mior. Terpaksa cencor atas permintaan tuan punya badan

Aku ngan Mior. Terpaksa cencor atas permintaan tuan punya badan

img_0022

img_0031

img_0032

img_0036

Mior kat tangga seribu tahun...tangga nih trus naik ke Gunung Jerai tau!

Mior kat tangga seribu tahun...tangga nih trus naik ke Gunung Jerai tau!

Aku di tangga seribu tahun

Aku di tangga seribu tahun

Keindahan awal senja di Tanjung Dawai

Keindahan awal senja di Tanjung Dawai

Bayang aku ngan Nas

Bayang aku ngan Nas

img_0062

Kitorang kagum ngan stesen minyak nih....Stesenku~

Kitorang kagum ngan stesen minyak nih....Stesenku~

Baru sampai kat kedai makan di Tanjung Dawai

Baru sampai kat kedai makan di Tanjung Dawai

Mior berlatarkan senja di Tanjung Dawai

Mior berlatarkan senja di Tanjung Dawai

Aku pun nak gak berlatarkan senja di Tanjung Dawai

Aku pun nak gak berlatarkan senja di Tanjung Dawai

img_0086

Nas da lapaq nk makan. Lauk: Siakap Tiga Rasa, Sayur Campur dan Telur Bungkus

Nas da lapaq nk makan. Lauk: Siakap Tiga Rasa, Sayur Campur dan Telur Bungkus

img_0096

Well, itu la dia bejalan² satu ari di bumi Kedah. Dari SP ke Titi Hayun ke Tanjung Dawai. Penat tapi memang syok!! Wish that other housemate bleh gak pegi tempat² camni di masa lain.

Day 3: Lepak & Shopping

Hari ketiga nih, Mior da balik Ipoh. So, xde pelancong means takdela melancong. Huhuhu. Cumenye pada hari ini aku ikut parents g antar adik aku kat USM. Sempat la gak shopping kat Queensbay Mall tuh. Dapat menumpang ayah aku shopping sebenarnya…hehehe. Dapat la angkut 2 helai seluar~

Day 4: Mee Udang Terbaik~~

Aku sebenarnya orang yang tak makan udang (read: bukan tak boleh makan, juz tak makan je). Tapi dari awal cuti aritu Nas duk ajak aku pekena mee udang kat Tikam Batu. Sedap gila dia kata. So, pada malam harini, Nas telah berjaya membuatkan aku makan udang yang begitu besarnya. Tak pernah lagi aku makan udang sebesau tuh!! Ape pun, memang best la mee udang kat kedai tuh. RM8 je harganya, tapi mee best, kuah best, udang besau 2 ekoq! :D Nanti raya aku ingat nak abaq kat Pak Long aku la pasai tempat nih~

Ni bunting kedai tuh. Sape rase nak pegi aku leh tunjukkan jalan :D

Ni bunting kedai tuh. Sape rase nak pegi aku leh tunjukkan jalan :D

Day 5 – 7: Rumah

Akhirnya pada hari ke-5 baru aku btol² lekat kat rumah, heh. Itu pun sebab kat Sungai Petani tiap² hari hujan. Sepanjang hari pulak tuh. Memang btol² tak menggalakkan untuk keluar rumah. Pun begitu, buku yang aku bawak balik untuk dibaca (kononnya), aku hanya start bukak pada malam hari ke-6. :P Dapatla sket…hihihi.
Day 8: Balik UTP
Hari Sabtu. Kene balik UTP dah. Malas nak balik lambat². Pada harini gak, Mama ngan Abah pegi ke Shah Alam. Ada family gathering sket. Diorang bertolak awal lagi dari aku, dalam kul 9 pagi gitu. Aku bertolak dalam pukul 11 sebab janji ngan Syaf nak jumpe kat Subway Auto City untuk makan tengah hari. Pagi tuh, Mama goreng perabih karipap ngan cucur cempedak pastu siap buat sandwich sardin lagi. Bile tak habis banyak, aku tapau le nak bawak balik UTP. Sampai kat umah Nas, mak die kasi satu bungkus nasi tomato plak! Dah serupe nak pegi bekelah je kereta aku time tuh. Macam² ada.
Alhamdulillah, perjalanan balik tak ada apa² berlaku. Selamat sampai dalam pukul 4 kat UTP. Disebabkan wabak H1N1 nih, masa balik kitorang kene g Main Hall untuk screening suhu badan dulu sebelum dibenarkan ambil kunci bilik. Elok² sampai, Aim ajak aku keluar pada malamnya. Die kate ade budak² junior nak ajak keluar tadi. Tak pikir penat, aku pon kate ye je la. Malam tuh, pegi makan kat Cheng Ho. Lepas makan, bleh plak g karoke. Isk3…Gile enjoy sungguh. Karoke sampai takleh nyanyi….huhuhu.
Tapi kan, all good thing must come to an end, kan? X caye? tgk post seterusnya. :|
1 comment for this entry:
  1. Abang

    H1N1 punya pasal…terus dapat plan buat mcm mcm…hehe..

Leave a Reply

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Visit our friends!

A few highly recommended friends...