aRc49's Scribbling

Pelancong~

by aRc49 on Jun.21, 2009, under aRcLife

Lega sungguh da abis minggu nih. Penat sepanjang minggu! Tambah lega lagi sebab da habis presentation (huyee~).

Bulan nih memang sakan. Pegi KL dua kali dah, 6hb dan 13hb. Yang 6hb tuh, pegi kenduri mak sedare. Sebenarnya, pegi tu pun, last minute baru confirm. Macam aku kate sbelum nih, presentation aku adalah pada 9hb Jun. Tup2, dapat call dari SIIU bagitaw presentation aku tunda ke 15hb. So, memikirkan daripada aku tinggal sorang2 kat rumah, aku ikut je la parents aku. Huhuhu. Walaupun presentation aku diubah kepada 15hb, aku tetap gak gi KL  pada 13hb. Knape aku buat macam tuh? Mesti ramai kate aku nih berani mati la, ape la. Reason being, tiket da lama aku beli and ada member aku da siap amik cuti lagi.  So, pegi je la. Aku pegi KL naik keretapi. Jadi, sempat la selak2 slaid untuk presentation aku tuh….

nasi goreng

Ni la dinner aku masa otw nak ke KL malam 12hb tuh. Nasi Goreng Telur Mata specially cooked by mama! Thank you mama!

Tujuan utama aku pegi KL pada 13hb ni pada mulanya nak lepak ngan member2 kat sana sbb dah abis presentation. Bila dah tukar pulak tarikh presentation tuh, agak kacau jugak la. Tuh yang sampai kene baca slaid masa atas keretapi. Almaklumlah, perjalanan mengambil masa yang panjang…10 jam wooo. Nak jadi cerite pulak, masa pergi tu…gerabak yang aku naik, takde aircond! ARGHHH~~~!! Tension wooo. Minggu yang sebelum tuh pun da kene gak. Isk3. Bila la KTM nih nak tukar keretapi baru sket. Asyik2 rosak je. Buat malu kat pelancong je. Huh! Cukup2, tak maw aku ngutuk KTM nih. Kalau start nanti, sampai 3 page pon x abis.

Aku sampai kat KL 13hb pagi, lebih kurang 5.30 pagi. Dah sembahyang, sarapan semua, aku lepak2 jap tunggu komuter nak ke rumah Waz n Nas kat Mentari Court. Sampai kat sana dalam pukul 7.30 pagi. 10 minit gak aku kene tunggu kat bawah rumah diorang tuh. Sebabnye? Aku call si Waz 4 kali x angkat²! Huhuhu…dasar tido mati sungguh. Same la ngan Nas pun, tdo gak. Nak jadi cerita, dekat pukul 8 jugak la baru aku sampai kat rumah Waz. Sembang2 jap ngan die, pastu aku pon g mandi. Siap2 semua, aku pegi umah Nas dan teruskan perjalanan aku ke Low Yat bersama Nas n Fakhrul (btw, Fakhrul datang bersama ngan abang dia). Kat Low Yat, kitorang jumpe dengan Syafri n Ramle.

Nih la barang yang aku pegi sampai ke KL nak cari tuh. Creative Fatal1ty..memang best!!

Nih la barang yang aku pegi sampai ke KL nak cari tuh. Creative Fatal1ty..memang best!!

Ahaa…ini la dia yang aku cari kat Low Yat tuh. RM199, tapi memang masyuk~~

Udah beli barang nih, gi pulak Times Square, jalan2 buang masa lagi. :D Serius macam pelancong (padahal presentation aku pun belum buat lagi!) But the story doesn’t end there…..

Malamnye pulak, aku, Nas dan Fakhrul pegi Midvalley pulak! Jumpe pulak ngan rumate lama aku, Aimran ngan adik dia, Azlan. Nak tahu ape pulak kitorang buat kat situ??

yeah...karaoke~! From left: Aku, Fakhrul ngan Azlan. Azlan nih pandai nyanyi woo~ tengok la die pegang mic tuh camne~

yeah...karaoke~! From left: Aku, Fakhrul ngan Azlan. Azlan nih pandai nyanyi woo~ tengok la die pegang mic tuh camne~

Nas dan Aimran. Macam tangkap gambar dengan penyanyi popular gitu~

Nas dan Aimran. Macam tangkap gambar dengan penyanyi popular gitu~

Aimran tersenyum lebar. "Akhirnya dapat jugak aku tunjuk bakat aku nyanyi kat kawan2 aku nih," katanya dalam hati

Aimran tersenyum lebar. "Akhirnya dapat jugak aku tunjuk bakat aku nyanyi kat kawan2 aku nih," katanya dalam hati

Ya…..aku dan kawan² aku pegi karaoke beb~. First experience tuuu…  Karaoke dari pukul 12 sampai 3 pagi. Hilang sakit tekak aku. Sebabnye lewat sangat tuh, dapat murah sikit (murah pun, die kire RM47 satu kepala woo). Memang best!! Malam tuh, habis karaoke, aku ngan Nas pegi tidur kat rumah Aim sebab esoknya ada pulak nak pegi kenduri pensyarah kitorang Mr. Kalai, dekat area2 Batu Caves. Sampai rumah die pon da dekat pukul 4 pagi. ~_~”

Keesokan harinye, pukul 10.30 pagi dah keluar dari rumah. Kenduri pensyarah aku nih buat kat dewan, sekejap je, tak lama pun. Pengalaman pertama aku tengok majlis perkahwinan orang India. Sebijik macam dalam filem2 hindi yang aku duk tengok tuh. Huhuhuhu. Gambar aku akan upload nanti…

So, lepas kenduri tuh, Aim hantar aku dan Nas ke stesen komuter. Aku lepak kat Sentral, Nas pulak nak teruskan perjalanan pegi ke rumah Waz di Seremban pulak. Keretapi aku untuk pulang ke Sungai Petani dijadualkan pada pukul 8 malam. Waktu aku sampai kat Sentral tuh baru pukul 3 petang. :D Lepak2 sambil membaca apa yang patut untuk presentation aku keesokan harinya. Nasib aku memang agak baik, dapat pulak terjumpa dengan seorang member kat Sentral tuh. Sempat la sembang2 kejap, dya pon nak balik ke rumah dah.

Tepat jam 8 malam, keretapi aku pun bertolak. Alhamdulillah, kali ni air cond die x rosak, cume lampu kat tempat aku duduk tuh, tak menyala pulak. Ape2 je la KTM oiiii….maleh da nak layan.

Aha....my dinner yang aku beli kat Sentral. Baru aku tau wujud Subway kat Sentral tuh. Huhuhu

Aha....my dinner yang aku beli kat Sentral. Baru aku tau wujud Subway kat Sentral tuh. Huhuhu

Akhiran cerita, aku sampai di Sungai Petani lebih kurang jam 6.00 pagi. Abah dan mama sudah pun berada di stesen menanti kepulanganku. Selesai solat Subuh, aku balik ke rumah. Aku tak ke site pagi itu sebab nak habiskan preparation untuk presentation petang nanti~

Memang best jadik pelancong. Penat sungguh! Tapi semua itu berbaloi kerana dapat menghabiskan masa bersama2 dengan member2 yang dah lama tak jumpa. ;)

3 comments for this entry:
  1. Abang

    yesszaa…beshh tgk teh gi jejalan kat KL tu… bekenan la pulak abang tgk headphone tu… NAKKK!!!! hehe…
    KTM ni ada perancangan yang tak terancang kot…ataupun ‘orang² beso’ dalam KTM tu nak kene jentik kot…sbb agak ‘nakal’ dalam menyediakan servis yang sepatutnya kepada pelanggan… nak kene masuk paper ke baru depa tu nak berubah?
    abang dah lama tak ke KL dengan tren…last sekali pada Mac 2009..itupun dengan trip sekolah…tp takpe, there’ll be some other time for me…i hope. :D

  2. aRc49

    hentikan je la niat murni tuh kalo tanak rasa kecewa di kemudian hari nanti…huhu
    NAK??? Oh no~ cannot~! ehehehe

  3. WaKenABeB

    fuh2…..mlancong sakan mmbr ak sowang nie…nway best r dpt tgk gmba2 housemate kite…miss them

Leave a Reply

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Visit our friends!

A few highly recommended friends...