Archive for June, 2009
Pelancong~
by aRc49 on Jun.21, 2009, under aRcLife
Lega sungguh da abis minggu nih. Penat sepanjang minggu! Tambah lega lagi sebab da habis presentation (huyee~).
Bulan nih memang sakan. Pegi KL dua kali dah, 6hb dan 13hb. Yang 6hb tuh, pegi kenduri mak sedare. Sebenarnya, pegi tu pun, last minute baru confirm. Macam aku kate sbelum nih, presentation aku adalah pada 9hb Jun. Tup2, dapat call dari SIIU bagitaw presentation aku tunda ke 15hb. So, memikirkan daripada aku tinggal sorang2 kat rumah, aku ikut je la parents aku. Huhuhu. Walaupun presentation aku diubah kepada 15hb, aku tetap gak gi KL pada 13hb. Knape aku buat macam tuh? Mesti ramai kate aku nih berani mati la, ape la. Reason being, tiket da lama aku beli and ada member aku da siap amik cuti lagi. So, pegi je la. Aku pegi KL naik keretapi. Jadi, sempat la selak2 slaid untuk presentation aku tuh….

Ni la dinner aku masa otw nak ke KL malam 12hb tuh. Nasi Goreng Telur Mata specially cooked by mama! Thank you mama!
Tujuan utama aku pegi KL pada 13hb ni pada mulanya nak lepak ngan member2 kat sana sbb dah abis presentation. Bila dah tukar pulak tarikh presentation tuh, agak kacau jugak la. Tuh yang sampai kene baca slaid masa atas keretapi. Almaklumlah, perjalanan mengambil masa yang panjang…10 jam wooo. Nak jadi cerite pulak, masa pergi tu…gerabak yang aku naik, takde aircond! ARGHHH~~~!! Tension wooo. Minggu yang sebelum tuh pun da kene gak. Isk3. Bila la KTM nih nak tukar keretapi baru sket. Asyik2 rosak je. Buat malu kat pelancong je. Huh! Cukup2, tak maw aku ngutuk KTM nih. Kalau start nanti, sampai 3 page pon x abis.
Aku sampai kat KL 13hb pagi, lebih kurang 5.30 pagi. Dah sembahyang, sarapan semua, aku lepak2 jap tunggu komuter nak ke rumah Waz n Nas kat Mentari Court. Sampai kat sana dalam pukul 7.30 pagi. 10 minit gak aku kene tunggu kat bawah rumah diorang tuh. Sebabnye? Aku call si Waz 4 kali x angkat²! Huhuhu…dasar tido mati sungguh. Same la ngan Nas pun, tdo gak. Nak jadi cerita, dekat pukul 8 jugak la baru aku sampai kat rumah Waz. Sembang2 jap ngan die, pastu aku pon g mandi. Siap2 semua, aku pegi umah Nas dan teruskan perjalanan aku ke Low Yat bersama Nas n Fakhrul (btw, Fakhrul datang bersama ngan abang dia). Kat Low Yat, kitorang jumpe dengan Syafri n Ramle.

Nih la barang yang aku pegi sampai ke KL nak cari tuh. Creative Fatal1ty..memang best!!
Ahaa…ini la dia yang aku cari kat Low Yat tuh. RM199, tapi memang masyuk~~
Udah beli barang nih, gi pulak Times Square, jalan2 buang masa lagi.
Serius macam pelancong (padahal presentation aku pun belum buat lagi!) But the story doesn’t end there…..
Malamnye pulak, aku, Nas dan Fakhrul pegi Midvalley pulak! Jumpe pulak ngan rumate lama aku, Aimran ngan adik dia, Azlan. Nak tahu ape pulak kitorang buat kat situ??

yeah...karaoke~! From left: Aku, Fakhrul ngan Azlan. Azlan nih pandai nyanyi woo~ tengok la die pegang mic tuh camne~

Nas dan Aimran. Macam tangkap gambar dengan penyanyi popular gitu~

Aimran tersenyum lebar. "Akhirnya dapat jugak aku tunjuk bakat aku nyanyi kat kawan2 aku nih," katanya dalam hati
Ya…..aku dan kawan² aku pegi karaoke beb~. First experience tuuu… Karaoke dari pukul 12 sampai 3 pagi. Hilang sakit tekak aku. Sebabnye lewat sangat tuh, dapat murah sikit (murah pun, die kire RM47 satu kepala woo). Memang best!! Malam tuh, habis karaoke, aku ngan Nas pegi tidur kat rumah Aim sebab esoknya ada pulak nak pegi kenduri pensyarah kitorang Mr. Kalai, dekat area2 Batu Caves. Sampai rumah die pon da dekat pukul 4 pagi. ~_~”
Keesokan harinye, pukul 10.30 pagi dah keluar dari rumah. Kenduri pensyarah aku nih buat kat dewan, sekejap je, tak lama pun. Pengalaman pertama aku tengok majlis perkahwinan orang India. Sebijik macam dalam filem2 hindi yang aku duk tengok tuh. Huhuhuhu. Gambar aku akan upload nanti…
So, lepas kenduri tuh, Aim hantar aku dan Nas ke stesen komuter. Aku lepak kat Sentral, Nas pulak nak teruskan perjalanan pegi ke rumah Waz di Seremban pulak. Keretapi aku untuk pulang ke Sungai Petani dijadualkan pada pukul 8 malam. Waktu aku sampai kat Sentral tuh baru pukul 3 petang.
Lepak2 sambil membaca apa yang patut untuk presentation aku keesokan harinya. Nasib aku memang agak baik, dapat pulak terjumpa dengan seorang member kat Sentral tuh. Sempat la sembang2 kejap, dya pon nak balik ke rumah dah.
Tepat jam 8 malam, keretapi aku pun bertolak. Alhamdulillah, kali ni air cond die x rosak, cume lampu kat tempat aku duduk tuh, tak menyala pulak. Ape2 je la KTM oiiii….maleh da nak layan.

Aha....my dinner yang aku beli kat Sentral. Baru aku tau wujud Subway kat Sentral tuh. Huhuhu
Akhiran cerita, aku sampai di Sungai Petani lebih kurang jam 6.00 pagi. Abah dan mama sudah pun berada di stesen menanti kepulanganku. Selesai solat Subuh, aku balik ke rumah. Aku tak ke site pagi itu sebab nak habiskan preparation untuk presentation petang nanti~
Memang best jadik pelancong. Penat sungguh! Tapi semua itu berbaloi kerana dapat menghabiskan masa bersama2 dengan member2 yang dah lama tak jumpa.
Intern
by aRc49 on Jun.01, 2009, under aRcLife
Buat pertama kalinya aku akan post dalam bahasa Melayu…kes3
Setelah sekian lama tak post, tergerak plak hati ni nak tulis sesuatu pada malam ini. Hari ini, 1 Jun. Sudah masuk minggu ke-27 dalam kalendar latihan industriku. Aih, da nak abis da rupenye…tapi makin nak habis nih makin laaa malas. Dan lagi sronoknye, makin banyak kerje yang perlu dihabiskan…
Menjelang hujung² intern nih, maka bermulalah lawatan kedua para pensyarah ke tempat² intern para pelajar. Tarikh lawatan aku adalah pada 9 Jun, namun satu hape pon tak buat lagi nih! Gulp! :O Dekat handphone tuh dah 2 minggu aku set reminder untuk mulakan persediaan, namun…hampes~, ape pon x buat lagi. Setakat ini apa yang ada hanyalah coretan² di atas kertas tentang serba sedikit untuk presentation itu nanti.
Serba sedikit tentang rutin harian aku. Aku akan bangun pagi dalam lebih kurang 6.45 pagi. Smayang, mandi, siap-siap, sarapan dan keluar dari rumah dalam pukul 8 pagi (aku masuk kerja pukul 8.30). Sampai site, lepak² jap, pastu naik la atas bangunan. Tengok ape yang patut, progress tiap tingkat kalau ada, pastu turun balik. Time turun balik dari bangunan tuh tak tentu. Kalau ada banyak benda yang aku kene tengok, lambat la sket. Kadang² tuh saje je tak nak turun sebab Project Manager ada kat bawah. Hehehe. PM aku nih tak boleh tengok orang senang, mesti ade je bende die nak tanye. Waktu lunch aku bermula pukul 12. Aku balik ke rumah tau makan lunch. Pastu datang balik ke site dalam kul 1 camtu. Selalunya masa lepas lunch ni, aku bermalasan sket. So, aku buat la Sudoku dalam paper The Star yang Safety Supervisor aku beli tuh. Lepak² jap, dah pukul 3 camtu. Aku kuar jap, gi smayang Zohor. Balik smayang, naik lagi bangunan tuh ataupun duduk dalam site ofis buat apa² yang patut. Aku balik rumah pukul 5.30 petang dan sebelum balik aku kene buat site daily report. Dalam repot nih, kene tulih pasal cuace, brapa ramai orang keje dan di mana diorang bekerja.
Erm, sepanjang intern ni, bagi aku, aku enjoy dengan apa yang aku tempuhi tiap hari. Kadang-kadang tuh da nak muak pun ade. Yela, tiap² hari tengok bende yang same je…boring gak la. Even so, aku cube gak positifkan diri. Kalau rasa boring² duk kat kontena site ofis tuh, naik la atas bangunan tuh. Jalan sana sini. Kalau ada apa² yang tak kena, aku refer balik kat SV aku tuh. Tuh je la. Namun, tak dinafikan, pengalaman duduk kat tapak pembinaan sepanjang 5 bulan nih, banyak mengajar aku especially tentang macam mane bangunan itu dibina dari satu tingkat ke satu tingkat. Memang sepanjang masa bergaul dengan pekerja² je la. Macam-macam orang ada; Bangla, Indon, Pakistan, even Myanmar pon ada!

Nih la die rupe pekerja² kat site aku tu...
Cumenye, mase intern nih, social life aku agak kureng sket. Member² rapat semua intern jauh di KL nuh.
Waktu malam je, duk rumah. Aritu musim AF, ada la gak nonton Diari tuh. Tapi skarang da abes la plak, hilang punca. Tataw nak buat apa. Mula la duk main game tak tentu arah, FB berpanjangan sehingga la ngantuk dan trus tidur. Tuh la pasal jadik malas sampai skarang. Huhuhu. Baru dalam 2,3 hari nih je dapat balik semangat nak buat keje nih. YOSH~!
That being said, I am looking forward to get back to UTP but nevertheless enjoying life at home with both my parents. Pray for my success, friend and wish me luck for my upcoming presentation.